Allah menurunkan ilmu zahir untuk membaguskan amal, dan Allah menurunkan ilmu batin untuk mensucikan hati.
MINTA KEBENARAN ADMIN SEBELUM MENYALIN RISALAH KAMI.
JANGAN DISEBARKAN KEPADA ORANG AWAM.
Ahad, 4 Mac 2012
MENGENAL ALLAH
Mengikut pandangan Ulama'; Makrifat atau Mengenal Allah ada dua jenis
1) secara ilmu pengetahuan (Ilmi) dan
2) secara perasaan (Haali) atau rasa rohani
Makrifat secara perasaan lebih utama dari secara ilmu pegetahuan sebab perasaan(rasa) yang benar mesti melalui pengetahuan yang benar.
Tapi sebenarnya jika dikaji dan dijelujuri dengan mendalam kita akan mendapati sebenarnya antara dua perkara tersebut ianya saling berkaitan antara satu sama lain.
Imam Ghazali semasa membahaskan tentang kedudukan Ilmu Tasauf di antara ilmu-ilmu yang ada di dunia ini, ada menegaskan:
"Ketahuilah bahawa Ilmu Aqli adalah tunggal dengan zatnya [bersendirian iaitu diasaskan atas akal semata-mata], daripadanya lahir ilmu yang tersusun yang di dalamnya terdapat seluruh hal-ehwal dua ilmu yang tunggal.Ilmu yang tersusun itu ialah ilmu ahli-ahli Tasauf dan jalan ehwal mereka. Mereka mempunyai ilmu yang khas dengan jalan yang terang yang terhimpundari dua ilmu.Ilmu mereka terdiri dari
Hal,
Waktu,
Samaa',
Wujdan,
Sheikh,
Sakr,
Sohwu,
Isbat,
Mahwu,
Fakir,
Fana,
Wilayah,
Irodah,
Murid
dan apa yang berhubung dengan Hal Ehwal mereka serta tambah-tambahannya, sifat-sifat dan maqam-maqam.
Berhubung dengan ilmu yang tersusun ini, meskipun Imam Ghazali tidak menerangkan dengan jelas, kita dapat penjelasan mengenainya dalam kitabnya "Al-Ahyaa' ketika menerangkan tentang "hakikat fikiran dan buahnya". Menurut keterangannya bahawafikiran (Al-Fikr/Takakur) adalah bererti mendatangkan dua makrifat(ilmu) dalam Qalbu untuk untuk menghasilkan makrifat yang ketiga. Dengan ini bermakna bahawa Ilmu Aqli yang berasaskan akal semata-mata itu mengandungi dua ilmu yang tersusun yang melahirkan ilmu yang ketiga.
Bila ilmu yang ketiga ini telah didapati dengan erti telah terterap pada Qalbu,
suatu perubahan pada 'hal Qalbu' terjadi yang menyebabkan
berubahnya pula tindakan-tindakan anggota.
Jadinya dengan "fikiran" menerusi sistem duaan itu menelurkan "ILMU".
Ilmu ini menelurkan pula "HAL"
dan hal menelurkan "Tindakan" (Al 'Amal atau Al-Fi'li) [lihat Al-Ahyaa' penggal 4 muka 412-413].
Oleh itu Hal (kedudukannya) yang terpenting bagi seseorang pada setiap waktu dan di dalam segala keadaan adalah adanya pengetahuan (Ilmu) tentang Allah yang akan menerbitkan amal (perbuatan, Iktiqad,syuhud,thoriq) yang benar atau Yang Haq. Ini adalah berdasarkan jika kita lihat dari sudut hal(atau amal), kita akan dapati hal itu sendiri adalah Ilmu; kerana ianya berpunca (datang) dari Ilmu Yang Sebenar. Dan apabila kita melihat dari sudut Ilmu (pengetahuan/Ilmu Tentang Allah) kita akan dapat menyaksikan bahawasanya Ilmu (pengetahuan/Ilmu Tentang Allah) itu adalah dirujuk kepada Hal atau peribadi jiwa seseorang yang hampir dengan Allah. Dan bahawasnya Hal yang tertinggi di sisi Allah adalah adanya pengetahuan atau Ilmu Tentang Allah. Ilmu Tentang Allah adalah punca segala kebenaran (HAQ). Ilmu yang dimaksudkan inilah dikatakan sebagai Ilmu Makrifat dan Ilmu inilah yang menjadi intipati Ilmu Ahli Sufiah. Dari ilmu merekalah terbitlah segala hal-ahwal tentang keruhanian yang mana akhir memperlengkapkan kesempurnaan seorang Insan.
Lihatlah betapa istimewanya adunan Ilmu Ahli Sufiah ini yang jauh bezanya dengan ilmu-ilmu lain yang ada di dunia ini. Ini adalah kerana Mereka mempunyai ilmu yang khas dengan jalan yang terang yang terhimpun dari dua ilmu.(Kata-kata Imam Ghazali).
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

2 ulasan:
Carilah aku di dalam aku...
Aku tiada pada si buta,Aku nyata pada yang tahu..huhu
Catat Ulasan